Kadangkala Firefox menggunakan terlalu banyak memori (RAM) daripada yang sepatutnya. Ini membuatkan Firefox menjadi perlahan dan ada kalanya ranap.
Memori yang digunakan oleh atur cara dipengaruhi pelbagai faktor, seperti kebocoran memori, konflik dengan atur cara pihak ketiga dan corak penggunaan. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mengurangkan memori yang digunakan oleh Firefox.
Jadual Kandungan
Kemaskini ke versi terkini
Versi terkini Firefox disertakan dengan penambahbaikan penggunaan memori. Kemaskini ke versi terkini.
Ekstensi dan tema
Menyahaktifkan extensi dan tema yang menggunakan memori
Ekstensi dan tema boleh menyebabkan Firefox menggunakan banyak memori daripada yang sepatutnya.
Untuk memastikan samada ekstensi atau tema yang menyebabkan Firefox menggunakan terlalu banyak memori, mulakan Firefox dalam Mod Selamat dan perhatikan penggunaan memori. Dalam mod selamat, extensi dan tema dinyahdayakan, jadi jika anda dapat melihat perubahan yang ketara, anda boleh nyahdayakan atau buang ekstensi tersebut.
- Untuk maklumat lanjut berkaitan memulakan Firefox dalam mod selamat dan cara mencari ekstensi atau tema yang menyebabkan masalah anda, lihat Troubleshoot extensions, themes and hardware acceleration issues to solve common Firefox problems.
Sorok kandungan yang mengganggu
Kebanyakan halaman web tidak perlukan penggunaan memori untuk memaparkan kandungannya (lihat bahagian plugin di bawah). Sesetengah ekstensi mengizinkan anda menyekat kandungan yang tidak diperlukan:
- Flashblock mengizinkan anda mendayakan atau menyahdayakan kandungan Flash dalam laman web.
- NoScript mengizinkan anda mendayakan atau menyahdayakan perlaksanaan semua skrip dalam laman web.
Plugins
Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.
Menyahaktifkan plugin yang menggunakan memori
Anda boleh uji plugins yang menyebabkan Firefox menggunakan terlalu banyak memori dengan menyahaktifkan sebahagian daripadanya:
-
Klik butang menu dan pilih
. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka. - Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel .
- Klik pada plugin di dalam senarai untuk memilihnya, kemudian tekan untuk menyahaktifkannya.
- Ulang langkah yang sama pada beberapa plugins di dalam senarai.
Selepas menyahdayakan beberapa plugins, tutup dan mulakan semula Firefox, dan perhatikan penggunaan memori. jika tiada perubahan, anda boleh aktifkannya semula dan cuba yang lain pula.
Jika ada perubahan dalam penggunaan memori, anda boleh biarkan sahaja plugin berkenaan dinyahaktifkan. Jika anda terpaksa juga menggunakan plugin yang terlibat, cuba cari plugin alternatif.
Semak pecutan perkakasan Flash
Untuk plugin tertentu yang memainkan video seperti Flash, huraian kandungan dalam skrin penuh boleh dipecutkan oleh perkakasan. Pecutan boleh mengurangkan penggunaan memori dalam kad grafik yang dikhaskan.
- Pergi ke halaman yang ada paparan video Flash.
- Klik-kananTekan kekunci Ctrl sambil klik pada pemain video dan klik di dalam menu konteks. Skrin tetapan Adobe Flash Player akan dibuka.
- Klik ikon pada bahagian bawah kiri tetingkap tetapan Adobe Flash Player untuk membuka panel Display.
- Tandakan Enable hardware acceleration.
- Klik untuk menutup tetingkap tetapan Adobe Flash Player.
Semak pecutan perkakasan Firefox
Pecutan perkakasan Firefox mengurangkan penggunaan memori kad grafik yang dikhaskan.
- Semak pecutan perkakasan samada diaktifkan atau tidak, dan kemaskini pemacu grafik anda.
Mulakan semula Firefox
Penggunaan memori oleh Firefox boleh bertambah jika dibiarkan terbuka untuk jangka masa yang panjang. Penyelesaiannya ialah mulakan semula Firefox secara berkala. Anda boleh mengkonfigurasi Firefox supaya menyimpan tab dan tetingkap supaya dibuka semula apabila anda mulakan semula Firefox. Lihat Restore previous session - Configure when Firefox shows your most recent tabs and windows untuk butiran lanjut.
Kurangkan tab
Firefox perlukan memori untuk menyimpan halaman web dalam setiap tab. Jika anda kerap ada lebih daripada 100 tab terbuka, pertimbangkan cara lain yang lebih mudah untuk mengekalkan halaman tersebut, seperti:
- Tandabuku. Panduan: "Tandabuku Semua Tab" akan menandabuku satu set tab.
- Aplikasi Senarai Tugasan.
Aplikasi lain yang menggunakan memori
Melaksanakan terlalu banyak aplikasi sekali gus boleh menyebabkan komputer anda dan aplikasi menjadi perlahan. Dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan akan mengurangkan penggunaan memori.
Alatan penyelesaian memori
- Firefox:
- Anda boleh menyelesaikan isu memori tertentu dari dalam halaman about:memory (sebagai contoh, isu disebabkan oleh laman web, ekstensi atau tema) dan kadangkala dengan menekan butang about:memory boleh membantu mengurangkan penggunaan memori secara serta merta. Untuk panduan menggunakan about:memory, baca di sini:
- RAMBack membolehkan anda menghapuskan banyak cache Firefox, dan membezakan antara mencipta cache dengan kebocoran cache.
Walaupun anda bukan seorang pengaturcara C++, anda boleh tangani beberapa alatan dan panduan yang digunakan oleh pembangun Firefox untuk menyahpepijat kebocoran.
- Sistem:
- Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari How to use and troubleshoot issues with Windows Task Manager dalam laman sokongan Microsoft. Dalam artikel Microsoft ini, cari perenggan "How to monitor your computer's performance". Kandungannya menjelaskan perihal maklumat prestasi tab dan lain-lain.
- Sistem:
- Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari See details about your computer's performance using Task Manager dalam laman sokongan Microsoft. Dalam artikel Microsoft ini, cari perenggan "How to monitor your computer's performance". Kandungannya menjelaskan perihal maklumat prestasi tab dan lain-lain.
- Sistem:
- Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari Windows 8 Task Manager dalam laman sokongan Microsoft.
Tambah RAM dalam komputer
Jika semua usaha dalam bahagian di atas sudah dilaksanakan dan penggunaan memori masih hampir maksimum, mungkin sudah sampai masa untuk anda tambah memori dalam komputer. Harga RAM adalah murah dan akan meningkatkan prestasi.
Berdasarkan maklumat dalam Mengurangkan Penggunaan memori - Firefox (mozillaZine KB)